Video Pegawai Polis Ajak Gadis ‘Check-In’ Hotel Tular, Ini ‘Update’ Terkini!

Berita

Video Pegawai Polis Ajak Gadis ‘Check-In’ Hotel Tular, Ini ‘Update’ Terkini!

Susulan tular video gadis menaiki motor diganggu oleh seorang pegawai polis dengan berbual topik berbaur lucah, pihak polis kini sedang melakukan siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, pihaknya telah mengesan video berdurasi satu minit 30 saat itu di platform media sosial.

Advertisement

pegawai polis gatal

 

Berdasarkan siasatan awal, anggota polis yang terlibat telah dikenal pasti dan telah pun dikeluarkan daripada penugasan sedia ada buat sementara waktu.

Difahamkan, kes dijalnkan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tindakan tatatertib dalaman terhadap anggota terbabit turut dijalankan secara selari.

polis ajak check-in hotel

Susulan itu, beliau menyeru individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.

polis ajak check-in hotel
7 hours ago

(VIDEO) Ada Niat Lain Tahan Motor, Pegawai Polis Ajak Gadis 'Check-In' Hotel - "Rumah Awak? Orang Nak Sekarang.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...