(VIDEO) “Patut ‘Join’ KLFW” – Gaya Sekumpulan Jejaka ‘Reunion’ Pakai Baju Ala 70-an Curi Tumpuan Netizen

Hiburan

(VIDEO) “Patut ‘Join’ KLFW” – Gaya Sekumpulan Jejaka ‘Reunion’ Pakai Baju Ala 70-an Curi Tumpuan Netizen

Sebuah perkongsian di media sosial TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila sekumpulan pemuda dilihat memakai baju ala-ala di tahun 70-an bersiar-siar di ibu kota.

Tampil memakai seluar ‘bootcut’ dan kemeja bunga-bunga, gaya mereka ternyata telah membuatkan orang sekeliling dan juga netizen kembali mengimbau zaman dulu kala.

Advertisement

Difahamkan kumpulan lelaki itu sedang menghadiri majlis ‘reunion’ dan ‘gathering’ bersama rakan-rakan.

Dalam video berasingan, gelagat mereka juga dapat dilihat di sekitar stesen MRT dan sekitar lorong di Kuala Lumpur.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dengan gaya pakaian yang ditonjolkan oleh mereka.

TikTokSumber : TikTok  

Walaupun saya tak sempat nak merasa zaman ni. Tapi rasa best sangat tengok style-style zaman ni.

Dalam pada itu, ada juga yang berharap versi wanita turut diadakan kelak dan menggayakan baju tahun 70-an seperti sekumpulan lelaki ini.

Smart kan? Muka masing-masing pun dah macam ala 70-an juga tu!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

makcik cleaner mahir lima bahasa
4 bulan lalu

Tular Video Makcik 'Cleaner' Mahir Berbahasa Jepun, Rupa-Rupanya Boleh Cakap Arab & Jerman Juga!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TIkTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...