Siapa tidak kena pensohor media sosial terkenal, Ryan Bakery yang dahulunya hanya menghiburkan peminat di media sosial Instagram dan TikTok, kini sudah melebarkan sayap ke layar lakonan dan nyanyian.
Terbaru, Ryan dilihat terus ‘mendunia’ setelah muncul dalam iklan syarikat gergasi besar iaitu Petronas di mana dia tampil menyanyi sambil mempromosikan ganjaran dan kelebihan berbelanja di stesen minyak Petronas.
Pesan @ryanfahmibakery simple je! Nak #RancakkanRaya lagi cuma perlu belanja:
?min. RM40 untuk ? ATAU
?min. RM10 (barang Kedai Mesra) ATAU
?min. RM10 bila belanja (selain minyak) dalam app SetelBaru ada peluang menang ?duit raya RM20K?! Info: https://t.co/ZY3st5bNcG pic.twitter.com/qR43cmRjxa
— PETRONAS Brands (@Petronasbrands) April 10, 2023
Namun begitu, kemunculan Ryan dalam iklan tersebut sebagai muka utama nampaknya tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak.
Seperti kata-kata seorang individu ini, syarikat gergasi seperti Petronas seeloknya mengambil ‘talent’ yang lebih kacak dan tampan.
Saya punya pendapat, iklan komersil daripada syarikat gergasi camni sewajarnya ambil wajah yang lebih tampan.
Meskipun ada yang menyokong pendapat individu itu, namun sesetengah netizen tidak bersetuju kerana penampilan Ryan Bakery lebih ‘dekat’ di hati penonton khususnya rakyat Malaysia.
Dah 2023, tak perlu nak normalisasi orang yang ada rupa paras je layak diambil untuk ditonjolkan dalam iklan. Semua orang berhak merasa peluang apabila mereka berbakat.
Kata mereka lagi, iklan Petronas bukanlah untuk memperagakan kecantikan atau ketampanan wajah seseorang tetapi untuk mempromosikan produk dan servis yang ditawarkan syarikat mereka.