(Video): Pasangan Ini Terlewat Bangun Kerana Kucing Matikan Jam Loceng

Trending

(Video): Pasangan Ini Terlewat Bangun Kerana Kucing Matikan Jam Loceng

Setiap hari, bangun pagi adalah satu rutin yang agak susah buat kita semua untuk ke tempat kerja ataupun ke sekolah.

Tanpa jam loceng pasti kita tidak dapat sedar pada waktu yang sepatutnya, melainkan ada orang yang kejutkan.

Advertisement

Tetapi jika jam loceng anda tidak berbunyi pada hari itu bagaimana? Pasti anda semua akan terlewat ke tempat kerja.

Begitu juga seorang wanita dan pasangannya yang sering lewat ke kerja kerana masalah jam loceng tidak berbunyi sedangkan sudah ditetapkan dengan betul setiap hari.

Menurut LADBible, pasangan ini sangat keliru mengapa mereka sering lambat ke tempat kerja setiap hari, dan pada satu hari, mereka sangat terkejut apabila mengetahui bahawa kucing mereka yang mematikan jam loceng selama ini. 

Dalam satu video yang berjaya dirakam pada 27 Julai lalu, wanita tersebut telah merakam aksi kucing mereka yang diberi nama Joaquim sedang duduk diatas meja bersama telefon mereka.

Kucing duduk sebelah telefon

Rupa-rupanya setiap kali jam loceng tersebut berbunyi dan bergegar, mereka tidak boleh mempercayai apabila melihat rakaman tersebut, kucing mereka akan meluru kearah telefon dan mematikan jam itu dengan tangan kecilnya itu.

Kedua-dua wanita di dalam video ini gelak melihat telatah kucing mereka yang berjaya dirakam pada 27 Julai di Sao Carlos, Sao Paulo, Brazil.
Kucing matikan jam loceng

Pemilik kucing ini memberitahu bahawa beliau dan teman serumahnya datang lambat ke tempat kerja kerana jam loceng tidak berbunyi.

Baru-baru ini kami mendapati bahawa kucing kami Jaoquim adalah orang yang mematikan jam loceng semasa kami tidur.

Bagus betul kucing ini, dia nak bantu tuan dia matikan jam loceng setiap hari tanpa diajar. Comel sungguh telatah kucing ini.

 

Sumber: LADBible

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...