(VIDEO) Pasangan Ini Dikecam, Bawa Anak Kecil Makan Restoran Tema Hantu Sampai Menjerit & Menangis Ketakutan

Kehidupan

(VIDEO) Pasangan Ini Dikecam, Bawa Anak Kecil Makan Restoran Tema Hantu Sampai Menjerit & Menangis Ketakutan

Kata orang, sebelum melakukan sesuatu melibatkan anak-anak, ibu bapa perlulah berfikir dengan teliti tentang kesan kepada mereka terutamanya jika masih kecil.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri teruk dikecam warganet selepas tular video dimuat naik di media sosial mempamerkan anak-anak mereka dalam ketakutan.

Advertisement

 

Bawa anak pergi restoran tema hantu

Menerusi video itu, mereka dilihat membawa anak-anak menjamu selera di sebuah kedai makan yang berkonsepkan hantu dan elemen seram.

Berdasarkan rakaman tersebut, dua anak kecilnya dilihat menangis ketakutan sehingga mereka menutup muka dengan memeluk si ibu.

Ketika itu, meja mereka dihampiri dua pekerja yang berpakaian seperti hantu dan si ibu kemudian dilihat meminta ‘entiti’ yang mengusik anak-anaknya untuk beredar.

 

Nanti anak trauma, jadi penakut

Rata-rata warganet mengkritik tindakan ibu dan bapa dua kanak-kanak tersebut kerana memilih makan di restoran bertemakan hantu mungkin boleh membuatkan mereka trauma.

Malah, mereka juga tidak menyalahkan pekerja-pekerja yang berpenampilan seperti hantu itu berbuat sebegitu kerana ia adalah kerja mereka, mengikut tema restoran tersebut.

Ada yang turut persoal suami isteri terbabit kerana mahu menjamu selera dengan anak-anak di kedai tersebut dan sesetengah individu turut mempertikaikan konsep restoran sebegitu.

Kau mesti tahu anak kau punya penakut tahap mana tapi tetap nak pergi. Nak makan, pergi kedai makan. Nak hantu, pergi rumah hantu. Jangan campur.

komen

2 years ago

"Mak Bapak Benak" - Pasangan Dikecam 'Paksa' Anak Umur 6 Bulan Berjalan, Netizen Risau Tangan & Kaki Terkehel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...