Video Pasangan Dipukul Kerana Jalin Hubungan Sejenis Dalam Kereta Tular

Trending

Video Pasangan Dipukul Kerana Jalin Hubungan Sejenis Dalam Kereta Tular

Satu video berlegar di Twitter sejak tengahari ini menunjukkan sepasang pemuda dipukul setelah ditangkap menjalin hubungan sejenis dalam kereta di tempat awam menjadi tular.

Pasangan itu ditangkap tidak berpakaian dalam kereta dan mula mengenakan pakaian setelah disergah lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan di kawasan tersebut.

Advertisement

Perbuatan mereka dirakamkan dalam video dan menjadi tular di media sosial.


Perbuatan menggunakan keganasan untuk ‘menghukum’ pasangan tersebut dilihat melampau dan tidak sepatutnya dilakukan. Sepatutnya sebagai orang awam hanya melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Ini bukan cara  yang betul”

“Nabi tak ajar aibkan orang”

“Semua salah”

“Pergi biliklah, bro!”

Kata-kata Netizen ada benarnya. Tidak sepatutnya mereka yang menangkap pasangan itu menggunakan keganasan untuk menghukum. Sepatutnya pasangan itu dilaporkan saja kepada pihak berkuasa kerana berkelakuan lucah di tempat awam, satu kesalahan di bawa Seksyen 294(A) Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Manakala mereka yang memukul pasangan itu pula boleh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...