Satu video berlegar di Twitter sejak tengahari ini menunjukkan sepasang pemuda dipukul setelah ditangkap menjalin hubungan sejenis dalam kereta di tempat awam menjadi tular.
Pasangan itu ditangkap tidak berpakaian dalam kereta dan mula mengenakan pakaian setelah disergah lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan di kawasan tersebut.
Perbuatan mereka dirakamkan dalam video dan menjadi tular di media sosial.
Pasangan gay kena cekup lepastu on the spot kena rembat. Agak-agak la sikit bang. Bukan backup gay tu, but i’m all against violence. pic.twitter.com/SkPcmCfUdx
— Anaz. (@annazrulan) December 27, 2018
Perbuatan menggunakan keganasan untuk ‘menghukum’ pasangan tersebut dilihat melampau dan tidak sepatutnya dilakukan. Sepatutnya sebagai orang awam hanya melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
“Ini bukan cara yang betul”
“Nabi tak ajar aibkan orang”
“Semua salah”
“Pergi biliklah, bro!”
Kata-kata Netizen ada benarnya. Tidak sepatutnya mereka yang menangkap pasangan itu menggunakan keganasan untuk menghukum. Sepatutnya pasangan itu dilaporkan saja kepada pihak berkuasa kerana berkelakuan lucah di tempat awam, satu kesalahan di bawa Seksyen 294(A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
Manakala mereka yang memukul pasangan itu pula boleh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – amazingnara.com