Video Parody Avengers : Infinity War, Aiman Sany Dapat Perhatian Pengarah Filem Marvel’s

Trending

Video Parody Avengers : Infinity War, Aiman Sany Dapat Perhatian Pengarah Filem Marvel’s

Percaya atau tidak satu klip video parody Avengers : Infinity War yang dimuatnaik oleh seorang lelaki dari Malaysia bernama Aiman Sany telah ditonton lebih 1.55M tontonan di twitter.

Menariknya, klip video yang dikongsikan oleh Aiman Sany ini turut menarik perhatian pengarah hebat dunia yang juga mengarahkan filem Marvel’s seperti Captain America: The Winter Soldier dan Civil War.

Advertisement

Mungkin ramai dikalangan kita yang masih belum tahu bahawa filem Marvel’s yang terbaru iaitu Avengers : Infinity War akan keluar tidak lama lagi.

Russo Brothers dilihat turut memberi respond kepada Aiman Sany.

Dalam tweetnya juga memuji usaha dan kesungguhan Aiman Sany serta mengajaknya untuk mengarahkan filem Avengers 5.

Walaupun tidak berapa pasti samaada ianya satu ajakan sebenar atau gurauan, pada pendapat kami ia satu perkara yang positif kerana berjaya menarik minat pihak luar.

Ternyata, di Malaysia masih ada lagi yang berbakat untuk mengarahkan filem.

Manalah tahu suatu hari nanti ada rakyat Malaysia berpeluang bekerjasama untuk menghasilkan filem-filem hebat dan menarik seperti yang telah dilakukan oleh James Wan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...