October 14th, 2016

Baru sahaja ditayangkan beberapa hari lepas, drama Suri Hati Mr. Pilot mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sehingga “trending” di Twitter.

Lakonan Fattah Amin dan Neelofa berjaya memukau peminat  – peminat diluar sana yang rata-rata menganggap betapa “sweetnya” watak Ejaz dan Warda.

Seperti biasa, rancangan hiburan MeleTOP pasti akan menampilkan parodi yang cukup kelakar. Kali ini, Jihan Muse dan Syuk Raja Lawak menggalas watak Neelofa dan Fattah dalam drama Suri Hati Mr. Pilot.

Siapa sangka, video parodi berkenaan menarik perhatian dan membuatkan netizen gelak dengan lawak mereka.

Berikut antara komen netizen :-

Ini pula video paraodi Suri Hati Mr. Pilot :-

Parodi yang dilakonkan oleh Jihan Muse dan Syuk kali ini memang kelakar. Memang terkena habis Fattah Amin dan Neelofa. Jihan sempat lagi usik Fattah dengan menyebut nama Sherry Ibrahim. Hehe..

Sumber Berita: YouTube MeleTOP


Comments are closed.

Loading...