(VIDEO) ‘Parking’ Kena ‘Rembat’, Netizen Puji Pemandu Rampas Tempat Parking Tapi Keluar Semula

Kehidupan

(VIDEO) ‘Parking’ Kena ‘Rembat’, Netizen Puji Pemandu Rampas Tempat Parking Tapi Keluar Semula

Pada waktu sekarang, rata-rata pusat membeli-belah dipenuhi pengunjung kerana ramai yang sedang mencari persiapan raya untuk Syawal yang menjelang tiba.

Oleh itu, banyak tempat ‘parking‘ yang dipenuhi kereta dan untuk mencari tempat letak kereta adalah sangat terhad membuatkan ramai berebut untuk mendapatkan tempat.

Advertisement

Perkara itu dilalui oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai naqib.zulkifli, di mana rakaman ‘dashcam’ keretanya menunjukkan parking yang ditunggu tiba-tiba diambil oleh pemandu kereta yang lain.

Menerusi video itu, pemandu berkenaan menunggu kereta yang sedia ada keluar daripada tempat parking, walau bagaimanapun setelah kereta tersebut keluar, tempat itu dengan serta merta dirampas oleh kereta lain.

Namun begitu, kereta yang merampas tempat parking itu keluar mengundurkan kereta setelah mendapati bahawa pemilik kepada video itu sedang menunggu untuk meletakkan kereta.

Beralih ke ruangan komen rata-rata netizen menceritakan pengalaman menghadapi insiden yang sama seperti berikut dan ada juga yang mengambil peluang untuk bergurau atas kejadian tersebut.

2 years ago

(VIDEO) Pemuda Dapat ‘Result’ Cemerlang, Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...