(Video) “Panik Pam Minyak Buat Hal”, Ramai Tak Tahu Fungsi Butang Kecemasan

Trending

(Video) “Panik Pam Minyak Buat Hal”, Ramai Tak Tahu Fungsi Butang Kecemasan

Baru-baru ini tular satu video tentang wanita yang panik terpaksa berhadapan dengan masalah di sebuah stesen minyak. Bayangkan semasa anda sedang mengisi minyak, pam minyak tiba-tiba buat hal dan minyak mencurah keluar dengan deras.

Dalam situasi macam ini, siapa sahaja yang tak panik kan? Tapi sebenarnya, kalau anda berhadapan dengan situasi begini boleh tekan sahaja butang kecemasan di setiap pam minyak.

Advertisement

Video berdurasi pendek yang tular ini menunjukkan wanita ini terpaksa menghalakan pam minyak ke atas lantai sambil meminta tolong. Minyak petrol juga mencurah keluar dan membasahi lantai. Memang membahayakan!

Dalam situasi panik macam ini, mungkin juga wanita ini terlupa untuk menekan butang kecemasan atau tak dapat berfikir dengan baik kerana panik. Orang di sekeliling juga sepatutnya membantu untuk elakkan kejadian tak diduga berlaku.

pam minyak

“Hari-hari isi minyak tapi tak pernah tahu emergency button”

stesen minyak

“Daripada rakam video ni, baik lah pergi tolong dia cepat”

facebook
Mungkin juga tak ramai tahu ada butang kecemasan di setiap pam minyak. Jadi pada masa hadapan, kalau ada kecemasan boleh terus alert dan kawal situasi macam ini.

Sumber: Facebook 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...