Baru-baru ini tular satu video tentang wanita yang panik terpaksa berhadapan dengan masalah di sebuah stesen minyak. Bayangkan semasa anda sedang mengisi minyak, pam minyak tiba-tiba buat hal dan minyak mencurah keluar dengan deras.
Dalam situasi macam ini, siapa sahaja yang tak panik kan? Tapi sebenarnya, kalau anda berhadapan dengan situasi begini boleh tekan sahaja butang kecemasan di setiap pam minyak.
Video berdurasi pendek yang tular ini menunjukkan wanita ini terpaksa menghalakan pam minyak ke atas lantai sambil meminta tolong. Minyak petrol juga mencurah keluar dan membasahi lantai. Memang membahayakan!
“Hari-hari isi minyak tapi tak pernah tahu emergency button”
“Daripada rakam video ni, baik lah pergi tolong dia cepat”
Sumber: Facebook