Sebuah video TikTok yang memaparkan kemesraan dua gadis bertudung mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Aksi mereka berpelukan di hadapan cermin dan gambar cium pipi yang tersebar membuatkan netizen mula berspekulasi bahawa mereka pasangan sejenis.
Keadaan semakin hangat apabila penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau Ariz Ramli, berkongsi semula rakaman tersebut di Instagram. Dalam kapsyennya, Caprice menulis, “Dunia makin pelik. Kalau nak jadi jahat tolong la jangan libatkan atau sebut Allah.”
View this post on Instagram
Tulisan itu dipercayai merujuk kepada hantaran salah seorang gadis berkenaan yang menulis doa agar dipertemukan kembali di Jannah.
Bagaimanapun, gadis terbabit tampil menafikan tuduhan tersebut. Menurutnya, rakannya itu hanyalah sahabat baik merangkap anak angkat kepada ibunya, sekali gus dianggap kakak sendiri.
Lapor mStar,
Keluarga tahu hubungan kami. Saya panggil dia sayang atau wifey sebab ia sekadar gelaran mesra. Malah, ibu saya sendiri suka video itu.
Dia turut kecewa dengan tindakan Caprice yang dikatakan tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum memuat naik video tersebut. Katanya,
Ia bersifat fitnah. Saya harap Caprice turunkan video itu. Tak semestinya artis boleh cakap apa saja tentang orang lain.
Dalam masa sama, ramai netizen memberikan sokongan moral dan menasihati agar mereka lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di media sosial supaya tidak menimbulkan salah faham.