(VIDEO) Panduan Buat Suami, Pak Utih Kongsi Tips Fahami Sifat Isteri Di Tik Tok

Kehidupan

(VIDEO) Panduan Buat Suami, Pak Utih Kongsi Tips Fahami Sifat Isteri Di Tik Tok

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dalam meniti institusi kekeluargaan agar ianya sentiasa bahagia hingga hujung nyawa.

Pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga juga perlu untuk mendengar nasihat dan kata-kata semangat dari orang yang sudah ‘makan garam’ dalam meniti kehidupan kekeluargaan.

Advertisement

Bagi pasangan yang baru berkahwin, anda boleh mendengar dan memahami nasihat daripada Pak Utih menerusi video yang dimuatnaiknya. Ia boleh membantu para suami untuk lebih memahami sifat dan perangai isteri masing-masing.

Haji Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih dikenali Pak Utih sering menjadi perhatian warga maya kerana sering berkongsi video nasihat dan tips berkaitan institusi kekeluargaan.

Pak Utih mula dikenali ramai sejak beliau memuat naik video-video nasihat di aplikasi Tik Tok dan kini mempunyai seramai 231 ribu pengikut.

Perkongsian yang sangat berguna itu sering menjadi perhatian ramai sehingga mendapat ratus ribu tontonan bagi setiap video.

Namun, setiap pasangan pasti mempunyai cara tersendiri dalam menempuh liku-liku kehidupan berumah tangga tetapi tidak ada salahnya jika mendengar nasihat dari orang yang lebih tua dan berpengalaman.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...