(VIDEO) “Pandai Dia Didik” – Puteri Sarah Dipuji Ajar Anak-Anak Bersedekah

Hiburan

(VIDEO) “Pandai Dia Didik” – Puteri Sarah Dipuji Ajar Anak-Anak Bersedekah

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok memaparkan anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah yang telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Puteri Sarah atau lebih mesra disapa Sarah dilihat membawa anak-anaknya bersiar-siar di Legoland, Johor Bahru.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah tindakan pelakon berusia 36 tahun itu yang dilihat mengajar anak-anaknya bersedekah dengan memberi kepada orang lain tanpa sebab.

Teaching my kids to give to someone for no reason at all, Sadaqah.

Malah, Syaikul dan Sumayyah dilihat memberi gula-gula kapas percuma kepada kanak-kanak lain yang turut berada di sekitar kawasan tersebut.

@puterisarahliyana

Teaching my kids to give to someone for no reason at all , Sadaqah ?

? Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji cara Sarah mendidik anak-anak untuk melakukan kebaikan di awal usia.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memuji kecomelan yang dimilik kedua-dua anak kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Case Closed? Hell No! Never!" - Ditanya Apa Status Kes Mahkamah, Ini Jawapan Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...