Baru-baru ini, tular dua video memaparkan seorang artis lelaki sedang asyik menari dan berhibur bersama rakan-rakan termasuk wanita di sebuah kelab malam.
Menerusi laporan Harian Metro, artis berkenaan didakwa berhibur dalam keadaan rumah tangganya kini sedang bergolak dan menjadi perhatian masyarakat.
Menurut sumber yang menghantar video tersebut kepada pihak media, perlakuan artis itu langsung tidak mencerminkan dirinya sedang berdepan masalah besar.
Memang sedih tengok keadaan dia yang seakan-akan tak sedar diri. Sampai bila dia nak berubah sedangkan usianya bukan remaja lagi.
Jadi, tak salahlah kalau isterinya tuntut cerai dengan sikapnya yang tiada rasa tanggungjawab ini. Siapa yang boleh bertahan dengan kehidupan begini?
Bila lihat dengan mata kepala saya sendiri, saya dah faham situasi sebenar rumah tangga mereka. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik untuk rumah tangga mereka.
Setakat ini, identiti artis berkenaan masih belum didedahkan dan belum ada kenyataan balas rasmi daripada pihaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.