Video Panas Mirip Dirinya Tersebar, Fauzi Nawawi Bakal Buat Laporan Polis

Hiburan

Video Panas Mirip Dirinya Tersebar, Fauzi Nawawi Bakal Buat Laporan Polis

Tidak mahu memanjangkan lagi isu mengenai video bogel seorang lelaki miripnya dengan aksi melakukan onani yang tular tempoh hari, pelakon Fauzi Nawawi bakal mengambil tindakan dengan membuat laporan polis agar individu yang menyebarkan video tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan.

video capmelan fauzi nawawi

Advertisement

Menurut Fauzi, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu seakan sengaja mahu menjatuhkan kerjaya dan meruntuhkan rumah tangga yang dibina bersama pelakon Lisdawati.

“Saya sebenarnya sudah banyak kali terkena. Dari zaman bujang, berkahwin, sebelum ada anak sehinggalah nak masuk umur 50 tahun ini, masih ada lagi perkara sebegini.”

Selepas dimaklumkan pengikut di Instagram, mereka menyatakan terdapat beberapa versi di laman Twitter. Ujarnya, perkara itu adalah yang paling teruk pernah menimpa dirinya.

video bogel capmelan fauzi nawawi

Tambahnya lagi, selain mengaibkan diri dan keluarganya, penyebaran video berkenaan juga sedikit sebanyak menggangu kerjaya seni. Malah, menyifatkan teknologi masa kini memungkinkan semua berlaku dengan niat sengaja mahu memburukkan seseorang.

“Memang rasa geram dan marah tapi tidak mahu layan sangat. Lagi satu, saya tak hairan sebab teknologi sekarang sudah melampaui akal fikiran. Apa saja boleh dibuat dan terjadi.”

Vide tersebut juga bukan sahaja mula tersebar di Malaysia semata-mata, namun ia juga dikhabarkan mula tular di Indonesia selepas mendapat kiriman mesej yang sama daripada peminat di negara jiran tersebut.

video capmelan fauzi nawawi

Bagaimanapun, menurut Fauzi, tindakan tidak bertanggungjawab ini seolah sengaja mahu menganiaya golongan selebriti sepertinya dan menjadikan ia sebagai profesion.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...