Apabila melibatkan anak-anak, hati yang sedang marah pun boleh jadi sejuk dek kecomelan mereka yang menghiburkan. Pun begitu, ‘drama’ si anak yang berlebihan pun boleh buat ibu-bapa geleng kepala.
Terbaru, video yang berdurasi kurang dari 1 minit ini berjaya buat wargamaya geli hati melihatkan gelagat anak ini yang baru sahaja habis sesi persekolahan.
Menerusi perkongsian ibunya jieha_adon di laman Tiktok, wanita itu akan merakam gelagat anaknya setiap hari selepas habis waktu sekolah.
Yang lebih menghiburkan, apabila karenah anak yang kelihatan sangat penat sehingga terbongkok-bongkok. Adoi letih sangat tu adik!
Didalam video itu, terpapar drama si anak sepanjang empat hari persekolahan bermula dari isnin hingga khamis. Pandang sekali, letihnya itu kalah orang dewasa, pening ibu nak melayannya kan. Haha!
“Student paling letih di dunia” – ibu.
Ujar ibunya, jika si ayah yang ambil, ragam anak ini berkurang sedikit, mungkin takut nak berdrama dengan ayah kan. Tapi bila dengan ibu, memang tak cover.
Masuk hari ketiga iaitu Rabu, adik ini sudah minta nasi. Penat sangat sampai lapar ya adik. Macam-macam hal.
“Nak nasi………”
Rata-rata netizen yang melihat turut geli hati dan terhibur dengan aksi adik ini. Ada juga yang menyakat bagaimanalah agaknya bila bulan puasa nanti kan.
“Amboii bukan main penat dia tu”
“Hahaha, bulan puasa nanti macam mana lah drama dia tu!”
“Drama queen”
Begitulah kanak-kanak, kadang-kala bukannya penat pun, tetapi mahukan perhatian. Apa pun, adik ni memang comel. Semoga pembaca terhibur! Chill dulu.