(Video) “Pakai Tudung Mesti Jahat”, Mak Cik Pemandu Bas Dimaki Hanya Kerana Tekan Brek Kecemasan

Kehidupan

(Video) “Pakai Tudung Mesti Jahat”, Mak Cik Pemandu Bas Dimaki Hanya Kerana Tekan Brek Kecemasan

Tular di media sosial tentang video seorang pemandu bas dimaki oleh penumpang gara-gara tidak puas hati beliau menekan brek kecemasan. Menurut wanita itu, pemandu bas sengaja berbuat begitu dan menyebabkan anak kecilnya jatuh terhantuk.

Yang menjadi masalahnya adalah apabila tindakan wanita ini yang memaki hamun pemandu bas sambil menjerit-jerit di dalam bas. Walaupun ditenangkan oleh penumpang lain, dia masih tidak berpuas hati dengan pemandu itu.

Advertisement

Menurut pemandu bas yang juga seorang mak cik yang mungkin berumur lingkungan 50 tahun itu, dia terpaksa menekan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar sebuah kereta yang lain. Tindakan tidak disengajakan itu, tidak semena-mena menyebabkan anak kepada wanita itu terhantuk.

pemandu bas

Walaupun berkali-kali dimaki wanita itu, pemandu bas tersebut kekal tenang dan tidak mudah melatah dengan keadaan itu. Sebaliknya dia sendiri meminta maaf atas tindakannya itu walaupun wanita itu menuduhnya sengaja menekan brek.

Netizen tak puas hati

wanita dalam bas

Rata-rata ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap wanita itu yang dianggap sangat keterlaluan dan kurang ajar. Jika betul sekalipun dakwaannya itu, ada cara lebih baik untuk buat laporan daripada memaki hamun pemandu itu.

komen facebook

Kredit: Facebook

komen facebook

Kredit: Facebook

Baru-baru ini seorang pemandu bas membantu penunggang motorsikal yang menghadapi masalah motor rosak di dalam hujan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Bantu Penunggang Motorsikal Dalam Hujan, Tindakan Mulia Pembantu Bas Ini Jadi Bualan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.