(VIDEO) Pakai Seksi Sambil ‘Cat Walk’ Di Kota Bharu, Wanita Didakwa Rosakkan Imej Kelantan

Kehidupan

(VIDEO) Pakai Seksi Sambil ‘Cat Walk’ Di Kota Bharu, Wanita Didakwa Rosakkan Imej Kelantan

Seorang wanita telah mengundang rasa kurang senang orang ramai terutama pengguna media sosial yang berasal dari negeri Kelantan.

Menerusi video yang tular di Facebook, wanita dengan rambut panjang berwarna ‘blonde’ itu dilihat menggayakan beberapa pakaian seksi.

Advertisement

Bukan itu sahaja, wanita itu turut menunjukkan kemahirannya berjalan secara ‘cat walk’ di beberapa lokasi berbeza di sekitar bandar Kota Bharu seperti Taman Hijau dan tempat tarikan pelancong yang terkenal, Dataran Rehal, Kelantan.

Sehingga kini, hantaran video tersebut telah mendapat 129K tontonan, 427 tanda suka, dan 925 komen di laman Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam wanita berkenaan kerana dianggap telah memburukkan imej negeri Kelantan.

Malah, ramai yang yakin bahawa wanita itu melakukan video ‘cat walk’ tersebut selepas waktu tengah malam atau pada awal pagi.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

Penunggang 'Ducati' Maut Jatuh 'Flyover', Netizen Seru Pelaku Lawan Arus - "Cari Sampai Dapat!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...