(VIDEO) Padah Suka Parkir Depan Rumah Jiran, Wanita Ini ‘Bantu’ Jual Kereta Murah-Murah

Kehidupan

(VIDEO) Padah Suka Parkir Depan Rumah Jiran, Wanita Ini ‘Bantu’ Jual Kereta Murah-Murah

Adat hidup berjiran, kita haruslah bersikap bertolak ansur bagi memastikan hubungan di antara jiran tetangga lebih harmoni dan bersatu padu.

Namun begitu, pastinya ada saja yang menjadi isu jika jiran bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak memahami sehingga boleh ‘bikin’ pening kepala.

Advertisement

Tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @queen_mekarsari88 yang berkongsi mengenai gelagat jiran sebelah rumah yang sering saja meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya.

Barangkali sudah penat dan hilang sabar dengan keadaan itu, si suami kepada wanita tersebut telah meletakkan tanda harga sebagai tanda kereta itu dijual dengan harga yang murah.

Mungkin tersedar dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, pemilik kereta berkenaan dilihat telah menukar fikiran dengan tidak meletakkan kenderaannya di kawasan itu lagi.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa puas hati dengan tindakan suami isteri yang ‘sinis’ dan mendalam itu.

Malah ada juga yang ingin mengambil idea tersebut bagi mengatasi masalah yang sama.

3 beradik buat video sebelah jenazah bapa
3 years ago

Demi 'Content', 3 Beradik Buat Video Trend TikTok Sebelah Jenazah Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...