(Video) Padah Melintas Jalan Secara Melulu, Kanak-Kanak Ini Terpelanting Dilanggar Kereta

Trending

(Video) Padah Melintas Jalan Secara Melulu, Kanak-Kanak Ini Terpelanting Dilanggar Kereta

Pastinya ibu bapa sering kali mengingatkan anak-anak tentang bahaya di jalan raya. Penting untuk ditekankan cara melintas jalan yang betul pada anak dan jangan melintas secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku di Ketereh, Kelantan ini berjaya dirakam dan dikongsikan di laman Twitter @My_CrimeWatch ini. Di dalam video berdurasi 0.26 saat ini menunjukkan detik cemas seorang kanak-kanak bertindak melintas jalan secara tiba-tiba.

Advertisement

Mungkin ada yang ingin menyalahkan pemandu kenderaan itu yang membawa laju di kawasan tersebut. Tetapi jika dilihat pada video berdurasi panjang ini, nampak dengan jelas kanak-kanak ini muncul secara tiba-tiba dari arah kanan.

Walaupun kanak-kanak tersebut dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius tetapi netizen turut melahirkan rasa bimbang tentang kejadian yang berlaku. Nampaknya kesedaran tentang hal ini patut diambil berat oleh semua pihak.

Diharapkan semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Selepas ini harapnya semua pihak lebih peka dengan keadaan sekeliling. Nasib baik tak ada apa-apa yang buruk berlaku.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...