(VIDEO) Padah Digigit Anjing Liar, Kanak-Kanak Diserang Jangkitan ‘Rabies’ Raih Simpati Ramai

Kehidupan

(VIDEO) Padah Digigit Anjing Liar, Kanak-Kanak Diserang Jangkitan ‘Rabies’ Raih Simpati Ramai

Baru-baru ini, tular di laman Twitter memaparkan seorang kanak-kanak yang mengalami simptom terakhir penyakit anjing gila atau rabies.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak berkenaan telah meminta air minuman namun menunjukkan tanda-tanda hidrofobia iaitu fobia terhadap air.

Advertisement

Bukan itu sahaja, dia juga mengalami kekejangan dan kekeliruan setiap kali cuba untuk meminum air yang diberikan.

Apa yang lebih menyayat hati apabila ibu bapa kanak-kanak itu hanya dapat memeluk erat anaknya kerana terlambat mendapatkan rawatan.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia kerana jakitan virus tersebut telah menyerang sistem sarah pusatnya.

 

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit sistem saraf yang berpunca daripada jangkitan virus Lyssavirus melalui gigitan haiwan seperti anjing, monyet, kucing, kelawar, dan tupai liar.

Malah, seseorang yang terkena gigitan haiwan liar yang dijangkiti Rabies hanya akan menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari.

Susulan itu, ramai pengguna yang berkongsi bahaya penyakit rabies sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

rabies

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan meraih 7.4M tontonan, 8.3K tanda suka, dan 4.1K ciap semula di laman Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Kena Ruqyah Ni" - Kucing Kena Sawan Jadi Bahan Jenaka, Ramai Bengang Pemilik Hanya Rakam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...