(Video) Orang Ramai Bersorak Meraikan Sempadan Selangor Perak Yang Dibuka Tengah Malam Tadi

Trending

(Video) Orang Ramai Bersorak Meraikan Sempadan Selangor Perak Yang Dibuka Tengah Malam Tadi

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membenarkan beberapa kelonggaran diberikan termasuklah pergerakan merentas negeri. PKPP yang mula berkuatkuasa tengah malam tadi turut menyaksikan sempadan negeri kembali dibuka semula.

Sempadan Sungai Bernam – Tanjung Malim yang memisahkan Selangor dan Perak dibuka semula lewat malam tadi oleh pihak berkuasa. Penduduk tempatan turut dilihat berkumpul bagi menyaksikan pembukaan semula sempadan negeri itu.

Advertisement

Sempadan kembali dibuka

Menerusi video yang dikongsikan itu, kenderaan dilihat berpusu-pusu melintasi sempadan itu sebaik sahaja ianya dibuka. Para pemandu juga turut membunyikan hon kereta sebagai tanda meraikan pembukaan sempadan itu.

Di sebalik keseronokan orang ramai meraikannya, netizen turut mengingatkan orang ramai untuk kekal mematuhi SOP yang dikeluarkan. Kelonggaran yang diberikan semasa PKPP ini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin supaya tidak berlaku peningkatan kes COVID-19.

“Jangan terlalu seronok, kena ingat coronavirus belum berakhir.”

facebook

PKPP mula berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Ogos 2020. Selain daripada pergerakan merentas negeri, lebih banyak kelonggaran diberikan kali ini di samping SOP yang masih perlu dipatuhi. Malah, surau di pusat membeli belah dan pusat hentian rehat dan rawat (R&R) juga sudah dibenarkan untuk dibuka semula.

Artikel berkaitan: Surau Di Kompleks Membeli Belah Dan R&R Dibenarkan Buka Mulai Esok

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...