Tular di media sosial baru-baru ini apabila satu rakaman ‘dashcam’ memaparkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi telah ‘mengamuk’ dan memarahi pemandu kereta yang berada di bersebelahan setelah dia melanggar penunggang motosikal di hadapannya.
Difahamkan, mangsa pelanggaran yang merupakan seorang wanita sedang menunggang motosikal dalam keadaan trafik sesak dengan perlahan.
Manakala di sebelah mangsa, kereta berjenama Mitsubishi Lancer sedang mencuba untuk membelok ke kiri dan memberi lampu ‘signal’ sebagai petanda awal.
Sebenarnya salah motor besar, dia terlepas clutch tangan. Motor automatik melompat. Tak caye tengok tangan kiri dia pegang clutch. Cover line marah kereta. Tu dia salah pilih kereta pula. https://t.co/j5AK0tS7jU
— faiz syukri (@moscawalter) April 25, 2022
Manakala penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berada terlalu rapat dengan mangsa dilihat tidak dapat mengawal brek dan terus melanggarnya sehingga terjatuh.
Setelah itu, lelaki itu kemudiannya bertindak ‘memarahi’ pemandu Lancer berkenaan tanpa menghiraukan mangsa yang terjatuh itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan bahawa penunggang motosikal berkuasa tinggi itu yang salah kerana tidak menjaga jarak ketika lalu lintas tengah sesak.
Sendiri salah langgar moto perempuan tu, lagi nak salahkan kereta tu, kereta tu dah bagi signal dan belum belok lagi tu, kesian kereta tu, nasib baik ada cam.
Malah, lelaki itu turut menyalahkan pemandu lainmeskipun punca kemalangan tersebut adalah daripada dirinya sendiri.
Tapi apa yang penting, abang ‘rider’ tetap bersedia membantu orang ramai yang kemalangan di mana-mana sahaja!