(VIDEO) “Orang Balik Kampung, Korang Berparty” – Gadis Terkejut Rumah Habis Berselerak, Lantai Bercorak Sebab…

Kehidupan

(VIDEO) “Orang Balik Kampung, Korang Berparty” – Gadis Terkejut Rumah Habis Berselerak, Lantai Bercorak Sebab…

Baru-baru ini tular di laman TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Surai Fatin yang memaparkan keadaan rumahnya yang ditinggalkan selama beberapa hari selepas pulang dari kampung halaman.

Menerusi video tersebut, keadaan lantai rumah yang berselerak dan penuh dengan ‘corak’ di lantai sehingga terlihat seperti ‘crime scene‘.

Advertisement

Difahamkan, kedaan itu berpunca daripada kucing peliharan yang dipanggil Abu yang ditinggalkan di rumah dengan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi untuk menyambut hari Raya di Kuantan.

Abu

Abu & the gang buat hal. Orang balik kampung kejap beraya, korang berparty eh dkt rumah!

Menurut laporan Mstar, Suria terpaksa meninggalkan kucingnya di rumah untuk beraya di kampung selama tiga hari kerana kebanyakan tempat boarding kucing sudah penuh.

Package muka tak bersalah.. siap buat terkejut tu yang tak boleh terima, buas macam tuan-tuan dia.

@suriafatin

Abu & the gang buat hal. Orang balik kampung kejap beraya, korang berparty eh dkt rumah! package muka tak bersalah.. siap buat terkejut tu yg tak boleh terima – buas mcm tuan2 dia @bellyomar @copieeee #kucinglucu #kucingraya #RancakRaya #fypmalaysia #fyp #cat

? original sound – ælya – ælya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai respon dan rata-rata mereka terhibur dengan kenakalan kucing-kucing tersebut.

Protes tu.. Abu & the gang nak ikut balik kampung kutip duit raya jugak. – Netizen.

“Penuh satu rumah bekas tapak kaki diorang weh,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) Terlalu Rindu Arwah Ibu, Kanak-Kanak Menangis Di Sebelah Pusara Ibu Buat Warganet Rasa Sedih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...