Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan beberapa orang jururawat berdiri kaku dimarahi ahli keluarga seorang pesakit di sebuah hospital.
Menerusi video tersebut, difahamkan 3 orang jururawat telah sewenang-wenangnya memberikan ubat kepada pesakit secara melebihi dos yang ditetapkan.
Malah, apa yang menyedihkan pesakit yang menjadi mangsa merupakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun 7 bulan.
Dos yang sepatutnya 300ml, 3 nurse ni masukkan 1000ml.
Sejurus mengetahui perkara tersebut, ibu kepada kanak-kanak itu dilihat lantang bersuara memarahi tindakan jururawat tersebut sambil bersaksikan ketua jabatan mereka.
@homecoffeebeans18
Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah meminta jururawat itu untuk lebih berhati-hati kerana boleh membahayakan nyawa pesakit.
Nyawa bukan untuk main-main – netizen.
“Jadi bahan ujikaji is the worse feeling, trust me, saya pernah lalui,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.