Fenomena nasyid sebenarnya sudah lama wujud di Malaysia. Satu ketika dahulu, kumpulan nasyid seperti Raihan, Hijjaz, In Team, UNIC, Rabbani menjadi kegemaran ramai. Namun, entah kenapa, muzik nasyid semakin tenggelam. Walaubagaimanapun, menerusi program Gema Gegar Vaganza ia membuatkan ramai mula terimbau kembali segala nostalgia muzik nasyid.
Antara persembahan yang meninggalkan kesan yang agak mendalam di dalam hati penonton adalah daripada kumpulan Hijjaz ketika mereka menyanyikan lagu Sumayyah. Juri pun menangis tau!
Lirik Lagu Sumayyah – Hijjaz
Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah
Chorus
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubahDarahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarahSumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah
Berikut antara penonton yang tersentuh dengan lagu Sumayyah sehingga sebak dan menangis :-
Lagu Sumayyah sememangnya agak sayu dan menginsafkan. Terus terang, hati kami juga tersentuh saat melihat persembahan dan mendengar lirik lagu berkenaan. Siapa yang tidak sebak..hati lu kering..