(VIDEO) “Nyanyi Ke Bercakap??” – Fathia Latiff ‘Meroyan’ Sebab Nak Promosi Lagu Baharu? Netizen Kata Macam Bersyair…

Hiburan

(VIDEO) “Nyanyi Ke Bercakap??” – Fathia Latiff ‘Meroyan’ Sebab Nak Promosi Lagu Baharu? Netizen Kata Macam Bersyair…

Kecoh sejak semalam mengenai tindakan Fathia Latiff yang mencemuh rupa paras aktres Zahirah MacWilson di satu sesi Live media sosialnya.

Gara-gara tindakannya itu, Fathia dikecam ramai pihak, bukan sahaja netizen malah rakan industri.

Advertisement

Terbaru, seorang individu ada memuat naik video Fathia menyanyi bersama seorang lelaki bernama Kabir dipercayai bertujuan untuk mempromosikan lagu terbaharunya.

Berikutan itu, netizen membuat spekulasi mengenai tindakannya yang ‘haru biru’ itu adalah bertujuan untuk mempromosikan lagu itu kepada netizen dan peminat.

Malah, netizen turut mengkritik suara Fathia yang didakwa seperti bersyair dan bercakap ketika menyanyikan lagu berjudul Benci itu.

Sebelum ini, nama Fathia mula meniti di bibir netizen setelah dia mengutuk wajah pelakon Zahirah MacWilson seperti bibik dan mengatakan suami aktres itu sebagai miskin dan tidak mempunyai pekerjaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahirah
4 months ago

"Klepek Klepek Sama Bekas Aku" - Makin Panas, Kapsyen Fathia Latif Ejek Zahirah MacWilson Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...