Tindakan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang memuat naik luahan merujuk kepada status “single” ataupun bujang mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen adakah hubungan beliau dengan kekasih, Coach Yin sudah tamat?
Malah, Coach Yin juga memuat naik foto beserta status yang merujuk kepada seseorang yang berperasaan terlalu ego.
Tentu sekali, kedua-dua status itu mendapat perhatian netizen dan pelbagai spekulasi yang timbul. Ada yang “bersyukur” pasangan ini tidak lagi bersama memandangkan status jantina Nur Sajat yang masih diragui oleh sesetengah pihak.
Namun, Coach Yin menerusi sebuah video di akaun Instagramnya memberitahu semua yang berlaku adalah lakonan semata-mata dan mereka hanya sekadar mahu melihat reaksi netizen.