(VIDEO) Nonny Nadirah Dakwa Kehilangan Segalanya, Mohon Bantuan Dana Untuk Teruskan Kehidupan

Hiburan

(VIDEO) Nonny Nadirah Dakwa Kehilangan Segalanya, Mohon Bantuan Dana Untuk Teruskan Kehidupan

Pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah, baru-baru ini mencuri perhatian netizen selepas berkongsi tentang situasi kehidupannya yang didakwa berubah secara drastik sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin, 36, memaklumkan bahawa dia kini kehilangan hampir segala yang dimilikinya, termasuk perniagaan dalam talian yang sebelum ini diusahakan.

Advertisement

Menurut Nonny, keadaan yang dialaminya ketika ini sukar untuk dijelaskan kepada orang ramai kerana perubahan yang berlaku terlalu mendadak.

“Assalamualaikum, saya Nonny Nadirah, dari Malaysia. Kini saya ingin maklumkan, saya kehilangan segala-galanya dan susah untuk saya jelaskan sebenarnya.”

Dalam video sama, Nonny turut berkongsi bahawa dia pernah memulakan perniagaan kecil sejak sekian lama dengan modal yang sangat kecil.

“Pada tahun 2003, saya mulakan perniagaan dengan bermodalkan RM200. Bukan sebagai penyanyi atau pelakon tetapi hanya untuk bekerja dari rumah sahaja.”

Tambahnya lagi, kehidupannya mula berubah selepas dia menyatakan sokongan terhadap Palestin, yang menurutnya memberi kesan besar terhadap kerjaya serta kehidupannya.

@shuuteraw

Alhamdulillah dapat beli baju tidur harga RM4. Sy tak sakit pun sy tipu je. Sape sudi fund, link at bio.?? ????? ????? #nonnynadirah #keffiyehgirl48

? original sound – mataheart – mataheart

“Saya masih bekerja tapi disebabkan saya menyokong Palestine, mereka sekat semuanya. Kehidupan dan kerjaya sekali semuanya musnah.”

Susulan situasi tersebut, Nonny memaklumkan bahawa dia kini sedang berusaha mengutip dana bagi membantunya meneruskan kehidupan seharian.

“Jadi, dengan ini saya ingin mengutip dana kerana dengan cara ini sahaja saya boleh menampung kehidupan seharian saya.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut, dengan ada yang mencadangkan agar Nonny kembali bekerja seperti biasa bagi meneruskan kehidupannya.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hannah delisha
2026-03-11 12:35:24

Individu Dakwa Hannah Delisha Diganggu Lelaki Ketika Acara Moreh - “Macam Nak Pegang Tangan”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...