Tular di media sosial sejak semalam berikutan khabar angin yang mendakwa rumah tangga antara penyanyi Noh Salleh dan Mizz Nina kini berantakan.
Namun begitu, penyanyi lagu Angin Kencang itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mengatakan ia hanyalah gosip hiburan semata-mata.
Noh dalam pada itu turut menegaskan bahawa dia dan Nina pada ketika ini sibuk membesarkan anak lelaki mereka, Musa yang kini berusia hampir 7 bulan.
Namun begitu, ‘viral’ kini apabila video yang memaparkan dia menjawab soalan wartawan dianggap seperti kurang ajar dan biadap oleh sesetengah pihak.
Wartawan koyak ke tu? pic.twitter.com/WqCrcy9EO6
— FÈRD (@dauspozi) July 13, 2022
Ini berikutan Noh dilihat sedang menghisap vape dan menghembus asap rokok elektronik itu kepada wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya.
Namun begitu, ada juga yang menganggap wartawan tersebut seolah-olah ‘koyak’ kerana tidak menjaga cara percakapan ketika bertugas.