Baru-baru ini, ibu kepada selebriti, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini memuat naik satu video di laman Instagramnya memaparkan momen manis bersama adik kesayangan.
Hadiahkan adik sebuah kereta mewah
Dalam video tersebut, kelihatan Kartini teruja memandu sebuah kereta mewah yang akan dihadiahkan tanpa pengetahuan adiknya.
Kejutan yang diberikan itu sememangnya membuatkan adik Kartini berasa sebak serta meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang kakak yang sangat baik.
View this post on Instagram
Rezeki tidak pernah terputus
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen merasakan sikap murah hati Kartini membuatkan rezeki keluarganya tidak pernah berhenti mengalir.
Malah, ramai juga mendoakan agar mereka sentiasa dilimpah kurniakan rezeki susulan mempunyai hati budi yang baik serta pemurah.