(VIDEO) “No Wonder Ramai Yang Tak Respek Penguatkuasa Macam Ni” – Lana Nodin Mengamuk Kereta Kena Saman Sebab Parkir Tepi Jalan Tanpa Sebab Munasabah

Hiburan

(VIDEO) “No Wonder Ramai Yang Tak Respek Penguatkuasa Macam Ni” – Lana Nodin Mengamuk Kereta Kena Saman Sebab Parkir Tepi Jalan Tanpa Sebab Munasabah

Pelakon terkenal, Lana Nodin meluahkan rasa berang apabila dia disaman penguatkuasa yang bertindak mengunci tayar keretanya kerana parkir di tempat yang tidak dibenarkan.

Difahamkan, Lana telah berusaha mencari tempat letak kereta namun gagal dan mengambil keputusan untuk parkir sementara memandangkan dia membawa wang yang banyak untuk dimasukkan ke dalam bank.

Advertisement

Tak puas hati disaman pihak berkuasa

Tengah hari  tadi aku pergi bank untuk masukkan duit tunai yang banyak dan aku seorang, kawasan ni memang sangat-sangat susah untuk parking. Jadi aku pun parking di tempat sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau block mana-mana jalan yang menyebabkan kesesakan dari aku kena parking jauh bawa duit tunai banyak seorang diri.

Bila aku keluar bank masa tu tak saman lagi dan aku terangkan semuanya kenapa aku parking dekat situ. Dengan muka sombong berlagak dia kata kalau diikutkan dalam masa 1 minit kena clamp!

Kereta lain pun parkir tapi tak kena saman?

Lana juga mempersoalkan panjang lebar tentang keberadaan beberapa buah kenderaan yang berada di lokasi yang sama namun tidak disaman pihak berkuasa dengan alasan ada orang menunggu dalam kenderaan.

Kalau aku parking memang menyebabkan keseksakan jalan sampai kereta tak boleh keluar ke atau block jalan ke aku faham. Yang aku tak faham tak sampai 5 minit aku parking kau beria jalankan tugas yang kononnya buat kerja!

Kenapa kau tak saman atau clamp juga van atau orang parking sama tempat dengan aku? Alasan kau sebab ada orang dalam kereta.

Apa beza aku yang parking dekat situ tak sampai 5 minit kau clamp? Terangkan dekat aku yang duduk dalam kereta berjam-jam lagi lama dari aku, yang parking tak sampai 5 mins kau clamp.

Pelakon itu juga menyifatkan pihak penguatkuasa yang bertugas berkelakuan biadab dan pilih kasih terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuk sahar fara salleh
3 months ago

"Bapak Segala Ibl*s, Tunggu Aku Cerai" - Didakwa Masih Diganggu Rossa Sera, Fara Salleh Dan Shuk Sahar Didakwa Dah Nikah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...