(VIDEO) “Ni Lagi Satu Manusia B*doh” – Michael Ang Selar Individu Pijak Kolam Deepavali

Hiburan

(VIDEO) “Ni Lagi Satu Manusia B*doh” – Michael Ang Selar Individu Pijak Kolam Deepavali

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah video memaparkan tindakan seorang lelaki yang lengkap memakai Baju Melayu bertindak memijak dan merosakkan hiasan kolam Deepavali atau lebih dikenali sebagai Rangoli.

Bukan itu sahaja, tindakan biadap itu turut dirakam oleh rakan wanita yang hanya tertawa apabila melihat hiasan tersebut dirosakann seakan-akan menjadi bahan gurauan.

Advertisement

Bagaimanapun, video berdurasi 39 saat itu telah mengundang amarah orang ramai kerana  tidak menghormati simbolik perayaan buat penganut beragama Hindu.

Tidak ketinggalan, pengarah terkenal Michael Ang turut tampil menyelar individu berkenaan dan meminta untuk berhenti melakukan konten video yang menghina agama lain.

Ni lagi satu manusia bodoh. Walaupun nak buat content. Jangan la buat content macam ni.

Menurut Michael, tindakan individu tersebut secara jelas tidak menghormati agama lain selain mempersoalkan sekiranya mereka tidak memikirkan tentang perasaan penganut agama Hindu.

Orang cakap kita sikit pasal agama kita, kita melenting kaw-kaw. Masa you buat content ni you tak pikir ke apa kaum India akan rasa?

Dalam pada itu, pengarah berusia 46 tahun itu memaklumkan individu berkenaan sepatutnya ditugaskan untuk membersihkan hiasan Rangoli tersebut namun sengaja dijadikan ‘content‘.

Betina yg rakam tu pun bodoh! Stop la all these stupid content!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Lain Macam.." - Tinggalkan Komen Di IG Pelakon Thai 'G*y', Hael Husaini Jadi Bualan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...