Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah video memaparkan tindakan seorang lelaki yang lengkap memakai Baju Melayu bertindak memijak dan merosakkan hiasan kolam Deepavali atau lebih dikenali sebagai Rangoli.
Bukan itu sahaja, tindakan biadap itu turut dirakam oleh rakan wanita yang hanya tertawa apabila melihat hiasan tersebut dirosakann seakan-akan menjadi bahan gurauan.
Bagaimanapun, video berdurasi 39 saat itu telah mengundang amarah orang ramai kerana tidak menghormati simbolik perayaan buat penganut beragama Hindu.
Tengok mentality Pukimak Ini pic.twitter.com/ZtEKw2xBlw
— INDRREN (@Vindhar1) October 30, 2022
Tidak ketinggalan, pengarah terkenal Michael Ang turut tampil menyelar individu berkenaan dan meminta untuk berhenti melakukan konten video yang menghina agama lain.
Ni lagi satu manusia bodoh. Walaupun nak buat content. Jangan la buat content macam ni.
Menurut Michael, tindakan individu tersebut secara jelas tidak menghormati agama lain selain mempersoalkan sekiranya mereka tidak memikirkan tentang perasaan penganut agama Hindu.
Orang cakap kita sikit pasal agama kita, kita melenting kaw-kaw. Masa you buat content ni you tak pikir ke apa kaum India akan rasa?
Dalam pada itu, pengarah berusia 46 tahun itu memaklumkan individu berkenaan sepatutnya ditugaskan untuk membersihkan hiasan Rangoli tersebut namun sengaja dijadikan ‘content‘.
Betina yg rakam tu pun bodoh! Stop la all these stupid content!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.