(VIDEO) “Ni Ke Pr*ton Yang Gah Tu?”- Baru Pakai Dua Bulan Tayar Dah Pecah, Wanita Dakwa Syarikat Lepas Tangan

Kehidupan

(VIDEO) “Ni Ke Pr*ton Yang Gah Tu?”- Baru Pakai Dua Bulan Tayar Dah Pecah, Wanita Dakwa Syarikat Lepas Tangan

Sudah menjadi kebiasaan jika seseorang mempunyai kereta baru, pastinya keadaan kenderaan masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Namun, perkongsian seorang wanita di TikTok mengenai kereta baru yang dimilikinya selama dua bulan telah mengalami kerosakan sehingga boleh mengakibatkan kecelakaan kepada dirinya sendiri.

Advertisement

Kata wanita yang dikenali sebagai @afiqah.azmi ini, tayar kereta Proton Iriz yang dipandunya itu telah pecah secara tiba-tiba dan lebih mengharukan keadaan adalah apabila tiada tanda tayar tersebut tertusuk benda tajam seperti paku atau sebagainya.

Dakwanya lagi, dia juga tidak pernah melanggar apa-apa sepanjang pemanduannya dan terus meminta pihak syarikat kenderaan nasional negara itu untuk melakukan pemeriksaan sebelum melanjutkan isu berkenaan kepada vendor.

Kata Afiqah, apa yang membuatkan dia lebih geram apabila syarikat tersebut seolah-olah enggan bertanggungjawab kerana kesnya masih belum selesai sehingga ke hari ini.

Namun begitu, perkongsian wanita itu mendapat respon sebaliknya kerana ramai yang berpendapat tayar keretanya pecah akibat cara pemanduan seperti bergesel dengan sesuatu dalam keadaan kekurangan angin dalam tayar.

TikTok

Saya sebagai mekanik minta maaf perkara ini terjadi kepada awak, tapi melihatkan video saya merasakan kereta dipandu dalam keadaan kurang angin. – netizen

Sementara itu, Afiqah memaklumkan dia sebenarnya berasa keceewa kerana kesnya telah ditolak ‘kesana-kemari’ oleh syarikat Proton dan juga vendor terbabit selain masih menemui jalan buntu.

“Punca viral sebab satu je, owner complaint dekat Pr*ton HQ tapi HQ tolak sini tolak sana. Apasal tak take action, jangan nak tolak ke dealer sini atau sana.” komen seorang netizen.

lelaki refund baju h&m
3 years ago

(VIDEO) "Pengotor Betul" - Lelaki 'Share' Tips Jimat, Pulang Seluar Dah Dipakai Untuk Dapat 'Refund'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...