Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan telah mengeluarkan kompaun dan menyita premis menjual manisan arab yang berlokasi di Bukit Bintang setelah didapati beroperasi tanpa lesen yang sah.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai beberapa video yang menunjukkan beberapa pelanggan wanita diminta untuk menari dan berjoget bagi mendapatkan manisan itu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Dah kena sita…. pic.twitter.com/jRKuLsxAe2
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 20, 2023
Maklum DBKL, mereka telah melakukan pemantauan di premis tersebut sebelum mengambil tindakan untuk menutup premis tersebut.
Premis itu hanya mempunyai lesen hiburan semasa (promosi luar bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan terbabit turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.
Di media sosial, netizen tampil mengecam sikap pembeli yang seolah-olah tidak tahu malu gara-gara berjoget dan menyanyi bagi mendapatkan makanan percuma.
Umpan dengan khunafa je mat, belum Dajjal lagi.
Elok lah tu kena sita, yang joget pun macam tak ada rasa malu dalam diri.
DBKL juga difahamkan ada menjalankan operasi penguatkuasaan di premis yang lain dan turut mengambil tindakan yang serupa setelah didapati pemilik restoran meletakkan kerusi dan meja makan di siar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.