Semenjak pandemik Covid-19, institusi-institusi pengajian telah menjalankan pembelajaran secara atas talian atau Open Distance Learning (ODL), sebagai salah satu cara mengurangkan isu penyebaran virus berbahaya itu.
Walau bagaimanapun, pembelajaran secara atas talian kadang kala terdapat beberapa halangan dan cabaran seperti isu ‘internet connection’ yang lemah untuk sesetengah pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman.
Itulah yang dihadapi oleh seorang gadis yang tinggal di kawasan pedalaman di mana dia terpaksa belajar di dalam bonet kereta untuk mendapatkan internet yang stabil.
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @nisa_rinaa, dia menunjukkan betapa pensyarahnya mengambil berat terhadap keadaan pembelajarannya.
Seorang pengguna TikTok mencadangkan dia untuk pergi ke pejabat penerangan untuk menggunakan akses komputer dan internet percuma di situ. Namun menurutnya, kawasan bandar terletak 130 kilometer daripada daerah didudukinya.
Ramai netizen memberikan komen masing-masing di mana rata-ratanya memuji pensyarah tersebut kerana memahami tidak semua pelajar mempunyai internet ‘connection’ yang kuat seperti Anis.