(VIDEO) Netizen Terkejut Petugas di Tanah Suci Selamba Jalan Berkaki Ayam Atas Lapik Makanan, Undang Pelbagai Reaksi

Kehidupan

(VIDEO) Netizen Terkejut Petugas di Tanah Suci Selamba Jalan Berkaki Ayam Atas Lapik Makanan, Undang Pelbagai Reaksi

Jika di Malaysia, pelapik plastik selalunya digunakan di restoran-restoran yang bertemakan ‘shellout’ untuk meletakkan makanan.

Terkini, satu video di Twitter menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan ‘selamba’ memijak pelapik plastik di mana makanan diletakkan.

Advertisement

Selain itu, lelaki berkenaan turut dilihat mengedarkan minuman di dalam kotak untuk jemaah-jemaah wanita yang berada di situ.

Dia kemudian berjalan terus di atas pelapik itu dengan berkaki ayam dan hampir memijak air kotak tersebut namun sempat dicapai oleh salah seorang jemaah yang duduk.

Raut wajah mereka nampak seperti terkejut dan terkesima apabila petugas tersebut selamba lalu di depan mereka dan memijak alas tersebut.

Walaupun dianggap seperti biadap, keadaan itu sebenarnya dikatakan sesuatu perkara normal yang dilakukan di Mekah.

Seorang warganet tampil menceritakan pengalaman yang dilaluinya semasa berada di negara berkenaan di mana keadaan itu hanya akan dialami semasa bulan Ramadan.

Difahamkan, makanan seperti nasi tidak akan dihidang di atas pelapik plastik itu sebaliknya semua makanan akan diletakkan di dalam bungkusan sebelum diedarkan kepada jemaah.

Turut memberi penjelasan lanjut, pelapik plastik yang diletakkan itu sebenarnya hanya untuk mengelakkan makanan tertumpah di atas lantai dan dalam masa 10 ke 15 minit pelapik akan diangkat untuk mendirikan solat.

Jadi diharap warganet jangan cepat menilai kerana budaya di Malaysia tidak sama dengan budaya di luar sana.

pergi haji pakai visa pelancong
2 years ago

"Agak Berkat Tak Ibadah Tu?" - Wanita 'Bangga' Pergi Haji Di Mekah Pakai Visa Pelancong Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...