Setiap kali sambutan Tahun Baru Cina pastinya yang menjadi tarikan adalah tarian singa yang merupakan simbolik kepada perayaan itu. Baru-baru ini, video seorang gadis yang ketakutan disakat ‘singa’ tular di media sosial dan mendapat lebih 10 ribu retweet setakat ini.
Oleh kerana terlalu takut pada kostum singa itu, gadis ini sanggup menyorok di sebalik patung di sebuah kedai. Tapi nampaknya gelagatnya itu makin disukai oleh singa itu yang semakin menyakat gadis itu.
“Singa tu pun duk menyakat lagi.”
singa tu pun duk menyakat lagi ? pic.twitter.com/EmCr50MErb
— ? (@missahyo77) February 7, 2020
Video itu berjaya menghiburkan netizen yang lain yang rata-ratanya cukup terhibur melihat gelagat gadis tersebut. Meninjau di ruangan komen, ada yang turut memahami ‘trauma’ gadis itu yang mungkin berlaku dari pengalaman semasa kecil lagi.
same here tak suka mascot? aku pernah berlari turun escalator yang tengah naik sebab tetiba ada mascot dinosaur tunggu depan tu. segala orang aku langgar.
— ????? ? (@zaahhss) February 8, 2020
Pity of her. To me thats not a joke… thats for sure have a story behind a screaming…
— Stealth (@stealthreaders) February 9, 2020
Hahahaha comel je peluk patung tu??, menjerit sekuat hati tu hahahh kesian die?
— adi (@adi_zulhelmy) February 8, 2020
Aku pon takleh doh tengok costume singa ni. Sampai nangis aku masa ada sambutan CNY kat poli. Sumpah aku rasa dia nak makan aku masatu arghhhhh
— ??? ????? ??????? (@nurnhmm) February 9, 2020
Untuk anda yang nak tahu fakta menarik mengenai sambutan perayaan Chap Goh Mei dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, boleh klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Tujuh Fakta Menarik Mengenai Perayaan Chap Goh Mei Masyarakat Cina Di Malaysia