(Video) Netizen Terhibur Lihat Pengadil Layang Kad Kuning Pada Petugas Perubatan Malaysia

Trending

(Video) Netizen Terhibur Lihat Pengadil Layang Kad Kuning Pada Petugas Perubatan Malaysia

Dalam setiap permainan bola sepak, pemain boleh dikenakan tindakan displin atau amaran oleh pihak pengadil. Sama ada kad kuning ataupun kad merah akan dilayangkan sebagai tanda amaran. Tapi kali ini bukan pemain yang kena, tetapi pasukan petugas perubatan yang dilayangkan kad kuning!

Kad kuning itu telah dilayangkan kerana tindakan petugas perubatan yang seakan-akan melengahkan masa perlawanan. Insiden ini berlaku semasa Kejohanan AFC Bawah 19 tahun ketika pasukan Malaysia menentang Thailand.

Advertisement

Di dalam video yang dikongsikan ini, petugas perubatan sedang sibuk membantu pemain yang tercedera. Mungkin kerana terlalu banyak masa yang diambil sampaikan pengadil terpaksa mengheret mereka keluar padang. Sebelum keluar padang, pengadil melayangkan kad kuning pada petugas itu sebagai tanda amaran.

“Nasib baik tak kena kad merah”

“Mesti medic tu kata peduli apa aku”

“Masa tu kan emas”

“Siap offer air dekat ref lagi tu”

Apa-apa pun yang penting, skuad Malaysia U19 berjaya menumpaskan pasukan Thailand dan mengesahkan tempat ke pusingan akhir AFC U19 2020 di Uzbekistan. Tahniah, Malaysia!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...