(Video) Netizen Terhibur Lihat Lelaki Ini Hadiahkan ‘Bunga’ Lain Dari Lain Pada Hari Graduasi Kakak

Trending

(Video) Netizen Terhibur Lihat Lelaki Ini Hadiahkan ‘Bunga’ Lain Dari Lain Pada Hari Graduasi Kakak

Disebabkan sekarang ini tengah musim ‘konvo’, di media sosial ramai yang berkongsikan gambar-gambar ketika hari graduasi mereka. Antara hadiah wajib diberikan dah tentunya jambangan bunga.

Tapi kes yang ini lain dari yang lain apabila graduan ini menerima ‘jambangan’ bunga istimewa dari adik lelakinya. Yang kelakarnya, tak pernah dibuat orang lagi nak hadiahkan bunga cengkih untuk majlis konvokesyen.

Advertisement

“Because getting fresh flowers is too mainstream so he decided to give me bunga cengkih.”

Di dalam video itu, adik lelakinya menghadiahkan bunga cengkih yang dibungkus di dalam tisu. Sebelum itu adiknya ada memaklumkan ingin hadiahkan bunga padanya tetapi tak maklumkan ianya bunga cengkih.

bunga cengkih
Perkongsiannya ini telah mendapat 32 ribu retweet dan rata-rata netizen turut terhibur dengan perangai adiknya itu. Dalam banyak-banyak bunga, boleh pula dia rembat bunga cengkih dekat rumah.

“Mesti dah lama dia tunggu nak buat macam ni.”




Entah-entah bunga cengkih ni dia curi dari dapur mak sendiri ni. Itu yang banyak sampai segenggam dia bawa. Kreatif betul budak-budak sekarang.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...