(Video) Netizen Terhibur Dengar Pembaca Berita Tersasul Sewaktu Live TV

Trending

(Video) Netizen Terhibur Dengar Pembaca Berita Tersasul Sewaktu Live TV

Sebagai seorang pembaca berita di tv sudah pasti akan berdebar untuk bersiaran di kaca tv kerana ditonton oleh ramai orang secara live. Walaupun perasaan berdebar ataupun nervous ada, keyakinan itu penting untuk tampil di tv.

Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pembaca berita, Syairul Islam di laman Instagram miliknya yang tersasul bercakap ketika sedang bersiaran langsung. Video pendek itu memaparkan dia sedang mengacarakan sebuah program tv berkaitan dengan pelajar universiti yang akan pulang ke kampus pada Mac.

Advertisement

Sedang asyik bercakap, secara tidak langsung dia tiba-tiba tersasul dan membuatkan netizen terhibur apabila mendengarnya. Perkataan ‘kampus’ yang sepatutnya diungkap menjadi ‘pampers’.

“Jangan over nevous, atau over confident”, katanya menerusi posting berkenaan. Walau bagaimanapun, dia tetap yakin dan masih mampu mengawal keadaan kerana tindakannya yang spontan itu.

Rata-rata netizen cukup terhibur apabila melihat sendiri video yang dikongsi oleh pembaca berita berkenaan.

Takpe, janji confident tu ada…

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...