Sebagai seorang pembaca berita di tv sudah pasti akan berdebar untuk bersiaran di kaca tv kerana ditonton oleh ramai orang secara live. Walaupun perasaan berdebar ataupun nervous ada, keyakinan itu penting untuk tampil di tv.
Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pembaca berita, Syairul Islam di laman Instagram miliknya yang tersasul bercakap ketika sedang bersiaran langsung. Video pendek itu memaparkan dia sedang mengacarakan sebuah program tv berkaitan dengan pelajar universiti yang akan pulang ke kampus pada Mac.
Sedang asyik bercakap, secara tidak langsung dia tiba-tiba tersasul dan membuatkan netizen terhibur apabila mendengarnya. Perkataan ‘kampus’ yang sepatutnya diungkap menjadi ‘pampers’.
“Jangan over nevous, atau over confident”, katanya menerusi posting berkenaan. Walau bagaimanapun, dia tetap yakin dan masih mampu mengawal keadaan kerana tindakannya yang spontan itu.
Rata-rata netizen cukup terhibur apabila melihat sendiri video yang dikongsi oleh pembaca berita berkenaan.
Takpe, janji confident tu ada…