Sebelum ini, tular tentang tingkah laku jemaah Haji dari Indonesia yang berkelakuan tidak senonoh ketika berada di Tanah Suci.
Sekali lagi, jemaah Haji dari negara yang sama tular namun kali ini disebabkan hal yang berbeza tetapi mendapat kritikan ramai.
Berniaga rojak pula dekat Tanah Suci
Menerusi rakaman yang tular di media sosial. dua jemaah wanita dilihat bersila di kawasan tempat berehat dipercayai di Padang Arafah.
Apa yang menjadi perhatian adalah kelakukan mereka mengambil peluang untuk berniaga makanan tempatan di tempat rehat terbabit.
Mereka berdua dipercayai membawa peralatan seperti cobek serta bekas bungkusan sendiri dan selamba menjual rojak di tepi jalan.
Bukan itu sahaja, kawasan sekitar tempat mereka berniaga itu juga dilihat begitu kotor dengan sampah sarap merata-rata dan bertaburan.
Bertentangan dengan matlamat menunaikan Haji
Video tersebut mendapat kritikan ramai warganet di TikTok yang berkata perangai mereka itu memalukan rakan jemaah senegara selain bertentangan dengan matlamat sebenar menunaikan ibadah haji.
Selain itu, ada yang mempersoal dan tertanya apakah Indonesia tidak mempunyai mutawif atau institusi yang dipertanggungjawab menjaga jemaah di sana.
Bukan senang nak ke mekah untuk buat haji, mengapa tak diisi masa dengan ibadat? Berniaga tu nanti balik buat la.