Tular di media sosial TikTok apabila seorang gadis memuat naik video memaparkan dirinya ‘berasap’ kerana menghisap rokok elektronik sambil berjoget.
Netizen kemudiannya berasa terpanggil untuk menegur gadis itu yang kelihatan ‘asyik’ menghisap rokok elektronik namun dibalas dengan respon yang agak angkuh dan sombong.
Teguran yang diberikan netizen seperti isu-isu masalah kesihatan hanya dipandang enteng oleh gadis ini malah berlagak ‘savage’ pula!
Dik, jangan duk bangga hisap pod. Kalau tak nak rasa menyesal dada kena tebuk macam aku ni pod punya hal. Sayang badan dik oi, muda lagi.
Jawapan yang diberikan gadis itu juga menjengkelkan dan meskipun tetap mengucapkan terima kasih di atas nasihat netizen.
Habis tu takkan nak hisap ko*e?
Takpe bang, yang tanggung sakit saya. Yang jaga saya, mak bapak saya dengan tunang saya. Bukan abang. Saya takde susahkan abang okeh. Thank you beri nasihat.
Sekadar info, menghisap rokok elektronik dapat membuatkan seseorang itu mengalami masalah pada saluran darah selain menyebabkan penyakit jantung.
Malah, ada juga penghisap rokok elektronik ini mendakwa diri mereka telah ditebuk dada akibat racun di dalam vape ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.