(Video) Netizen Sokong Tindakan Pemandu Teksi Halau Penumpang Dari Wuhan Untuk Lindungi Diri Dari Wabak

Trending

(Video) Netizen Sokong Tindakan Pemandu Teksi Halau Penumpang Dari Wuhan Untuk Lindungi Diri Dari Wabak

Penularan wabak coronavirus dari Wuhan, China semakin membimbangkan dengan angka kematian yang kian meningkat. Yang terbaru, Malaysia mencatatkan tujuh kes secara keseluruhan selepas mendapat tiga kes terbaru yang dicatatkan hari ini.

Baca: Tiga Lagi Individu Disahkan Positif Coronavirus Menjadikan Jumlah Keseluruhan Sebanyak 7 Kes Di Malaysia

Advertisement

Pastinya semua rakyat di seluruh dunia mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam mengelakkan dijangkiti wabak itu. Baru-baru ini, tular satu video di mana pemandu teksi di China menghalau penumpang yang baru pulang dari Wuhan. Kalau difikirkan semula, jika anda di tempat pemandu itu apa agaknya yang anda lakukan?

Balik dari Wuhan

teksi wuhan

Semasa penumpang lelaki tersebut memasuki teksi itu untuk ke hospital berhampiran, dia turut memakai topeng muka seperti pemandu teksi tersebut. Pada mulanya, pemandu teksi itu tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah lelaki tersebut mula batuk dan kelihatan seperti tidak sihat.

“Kenapa kamu batuk-batuk ni? Kamu dari mana?”

Penumpang tersebut kemudian menipunya dan berkata dia dari Baoding. Tetapi pemandu tersebut yang dapat meneka dia bukanlah dari sana berdasarkan loghat bahasa yang digunanya. Pemandu itu kemudian mendesaknya beberapa kali sehinggalah dia mengaku sendiri.

“Kamu pernah pergi ke Wuhan?”

teksi wuhan

Lelaki tersebut akhirnya mengaku dia baru sahaja pulang dari Wuhan dan ingin ke hospital untuk dapatkan rawatan. Tanpa berlengah, pemandu teksi itu terus menghalaunya keluar daripada keretanya itu. Sebaik sahaja lelaki itu keluar, dia bertanyakan kepada kawannya di penumpang belakang sama ada untuk menelefon polis atau tidak.

Reaksi netizen

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dengan ada yang memberi kecaman atas tindakan pemandu ini dan ada juga yang menyokong. Walaupun tindakan ini nampak kejam namun penumpang lelaki tersebut juga tak sepatutnya menyembunyikan perkara ini.

Kalau anda berada di tempat pemandu teksi itu, apa yang anda akan lakukan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.