Semalam, satu sidang media khas dijalankan untuk memaklumkan tentang perkembangan kes baharu Covid-19 yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam pada itu, salah satu ucapan daripada beliau dalam sidang media tersebut menimbulkan rasa sayu dalam kalangan warganet.
Tular satu potongan video yang berdurasi 14 saat dikongsi oleh pengguna Twitter yang memaparkan Dr Noor Hisham memberi ucapan dalam keadaan sebak.
Tengok sidang media @DGHisham. Dia pun tengah sebak harini kes 11k. Dengar dia cakap pun nak nangis weh ? pic.twitter.com/WGUIdt6Y28
— Naz | ?? (@_NazriH) July 13, 2021
Ramai warganet yang perasan dengan keadaan suara DG Hisham seakan-akan bergetar dan menahan sebak ketika sidang media tersebut.
Pun begitu, warganet turut memberi kata-kata semangat kepada DG Hisham dan berdoa semoga Malaysia cepat pulih dan bebas daripada wabak Covid-19.
Terdahulu, kes baharu dilaporkan dengan jumlah 11,079 kes baharu dan Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 5,263 kes baharu.