Pelakon dan pelawak Zizan Razak berkongsi detik cemas saat dia dan beberapa orang awam membantu menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit dalam sebuah kereta BMW di satu persimpangan lampu isyarat di Georgetown, Pulau Pinang.
Setelah cubaan mereka untuk mengejutkan pemandu dengan menggoncang kereta tidak berjaya, mereka terpaksa mengambil keputusan untuk memecahkan cermin sisi belakang. Umum mengetahui tidur di dalam kereta sambil memasang penyaman udara dan tingkap ditutup boleh menyebabkan kematian.
“Zizan mulianya hatimu membantu”
Rata-rata netizen memuji betapa mulianya hati Zizan membantu mangsa dan sikap prihatin yang ditunjukkan tidak mengira bangsa dan agama.
Tahniah bukan sahaja buat Zizan tetapi kepada semua orang awam yang membantu dengan ikhlas. Tanpa bantuan anda semua, mungkin sahaja pemandu tersebut sudah maut. Syukur semuanya selamat.